Sunday, September 23, 2007

Hukuman Terhadap Penjenayah Pedophilia

Masih merah lagi tanah di kubur Nurin yang meninggal akibat keganasan sex seorang penjenayah pedophilia kita dikejutkan dengan satu lagi kejadian jenayah pedophilia apabila seorang Bangla dicekup polis kerana melakukan sex oral terhadap seorang kanak-kanak di Shah Alam. Hukuman berat seperti hukuman mati terhadap penjenayah pedophilia sepatutnya tidak sepatutnya menunggu seorang demi seorang kanak-kanak terus menjadi mangsa.

Selepas Nurul Huda Abdul Ghani berusia 10 tahun dibunuh dengan kejam selepas dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki di pondok pengawal pencawang elektrik TNB sehinggalah kematian Nurin belum ada sebarang pindaan terhadap hukuman kepada penjenayah kanak-kanak. Tidak lansung kedengaran sebarang usaha dilakukan agar penjenayah merasa lebih gerun untuk terus melakukan kesalahan sedemikian.

Tidak kira para politikus dari pemerintah mahupun pembangkang masing-masing leka dengan kerusi dan isu-isu yang entah apa-apa. Jika hendak berdemo pun tidak mengapa asalkan sahaja apa yang didemokan itu adalah untuk kepentingan rakyat.

Kalau pandai menunjukkan kemarahan tol dinaikkan harga dan pandai melepaskan geram apabila petrol dinaikkan harga masakan hati-hati kita membisu tidak mahu berdemo menuntut hukuman yang lebih keras termasuk hukuman mati terhadap penjenayah kanak-kanak. Kita rakyat kita berhak menuntut kebaikan untuk rakyat, untuk semua.

No comments: