Monday, July 04, 2011

Bila Dalam Kegelapan

Aku bukan menyebelahi mana-mana pihak samada pihak yang ingin berdemonstrasi atau pihak yang menentang demonstrasi Bersih 2.0. Cuma apa yang aku faham adalah Bersih 2.0 merupakan satu perhimpunan rakyat yang dianjurkan oleh Gabungan Pilhan Raya Bersih bagi menuntut supaya pihak SPR membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempuh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Tetapi kenyataan2 yang terdapat di dalam akhbar arus perdana memomokkan demo tersebut merupakan satu usaha menjatuhkan kerajaan yang memerintah dengan cara kekerasan. Ternyata momokan ini sejenis trauma seperti seseorang yang berada di jalan gelap apabila melihat tunggul kayu lalu disangka hantu.

Takut nanti ada yang memikirkan kalau jenis kerajaan inilah yang sedang memerintah iaitu jenis spesis penakut maka ia tidak layak memerintah. Tak payah berdemo pun rakyat boleh memilih untuk tidak memilih para penakut untuk memimpin negara ini.

Ingat! Sistem pilihanraya yang bersih adalah cara terbaik untk kita tidak memberi izin para penakut memerintah negara ini.
Published with Blogger-droid v1.7.1

Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh : Ada Otak Pandai, Ada Akal Pakai

"12 Maut, 4 Tertimbus" begitu dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana mengenai kejadian di Hulu Langat. Apa yang terjadi merupakan satu ketetapan yang telah ditetapkan Allah Maha Esa. Yang pergi kerana ajal mereka telah tiba. Yang terselemata pasti bersyukur yang tidak terhingga.

Berita TV1 RTM malam tadi ada menyatakan sebelum ini pernah berlaku kejadian tanah runtuh samada di kawasan tersebut atau berhampiran. Mungkin tanah runtuh itu tidak memakan korban manusia lalu ia mungkin tidak dipandang serius maka ia tidak dilaporkan.

Pihak yang berwajib pula hanya bertindak di atas laporan. Jika mereka bertindak terhadap sesuatu tanpa sebarang laporan maka mereka akan dikatakan memandai-mandai. Misalnya pihak berwajib mendesak penduduk berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain maka macam-macam akan timbul. Maka untuk mengelak masalah dengan orang awam pihak berwajib walaupun tahu risiko kejadian tanah runtuh mereka tetap tidak akan bertindak kerana tiada laporan.

Pernah ketika Utara-Selatan melepasi Ipoh menaiki kereta melalui lebuhraya Utara-Selatan dan perjalanan berbukit terpandang saya satu kawasan di dalam hutan di antara bukit-bukit itu kelihatan tanah satu kawasan tanah runtuh. Luasnya boleh tahan iaitu 3/4 (tiga perempat) luas padang bolasepak. Bagaimanapun ia kejadian di dalam hutan. Harimau, babi hutan, pelanduk, rusa, ular sawa, tapir, tupai, monyet, kera, siamang MUNGKIN antara mangsa korban.

Tetapi kejadian jauh dari manusia itu tidak diuar-uarkan samada media cetak atau elektronik kerana ia jauh dalam hutan dan sekadar melibatkan binatang-binatang dalam hutan. Atau binatang-binatang sebagaimana diketahui adalah makhluk yang dapat mengesan sesuatu malapetaka atau bala bencana sebelum ia muncul.

Haiwan tidak perlu kepada ANN (Animal News Network) untuk diuar-uarkan kepada binatang-binatang yang luar dari lingkaran kejadian tanah runtuh dalam hutan. Binatang yang mungkin dapat kesan malapetaka atau bencana itu tadi mungkin dengan pantas dapat menyelematkan diri. Itulah hebatnya binatang atau haiwan yang bukan manusia. Tetapi manusia tidak ada deria yang mengesan kejadian. Yang ada pada manusia dan yang membezakan mereka dengan binatang atau haiwan adalah AKAL. Maka dengan AKAL manusia boleh berbuat sesuatu bagi mengelakkan kejadian yang sama daripada berlaku di masa hadapan.

Bencana tanah runtuh mungkin tidak dapat dielak tapi menjauhkan diri dari tanah runtuh itulah yang mungkin dapat dilakukan. Pihak yang tahu sifat-sifat dan struktur tanah samada boleh mendatangkan bencana tentunya pihak berwajib yang bukannya harimau atau kera yang tidak berakal. Mereka tentu terdiri dari jurutera tanah atau geologis yang sangat mahir dalam kerja mereka. Kalau tidak mereka tidak dilantik memegang jawatan masing-masing yang gajinya mungkin dibayar melalui cukai-cukai oleh rakyat yang mengalami kejadian tanah runtuh.

Sekarang berlaku lagi satu kejadian tanah runtuh dan ia melibatkan nyawa manusia. Buatlah laporan macam mana pun, yang terjadi telahpun terjadi dan yang pergi tidak akan kembali. "Ada otak pandai, ada akal pakai..." begitu bunyi satu petikan lirik lagu Pak Pandir. Betul kata Pak Pandir kerana dengan AKAL manusia yang ada otak, ada pandai, ada akal dapat pakai otak-otak mereka bagi mencorak satu mekanisme bagi mengelak bencana sebegini dari terjadi pada masa akan datang. Bukan sekadar menambah angka dalam jadual statistik tanah runtuh cukup bulan dapat gaji!

Takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat. Ini semua ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Wednesday, February 23, 2011

Betul Kata Mukhriz

Anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang juga Ahli Parlimen Jerlun siapa lagi bukan Mukhriz keluar kenyataan membidas Ketua Pemuda PAS Pusat Nasaruddin Hassan kerana cuba menyamakan suasana di Mesir dengan Malaysia. Menurut Mukhriz Mesir tidak mengamalkan demokrasi tulen manakala Malaysia mengamalkannya. Selain dari itu Mukhriz mahu PAS menjalankan kajian terperinci sebelum memberi sebarang kenyataan.

Seorang sahabat yang pernah berkhidmat di sebuah U Antarabangsa dan kenal dengan beberapa student dan pensyarah luar negara pernah berbual dengan orang-orang negara Timur Tengah termasuklah Mesir yang baru mengalami perubahan demonstrasi rakyat terhadap pemerintah mereka...

Antaranya mereka akan mengatakan betapa beruntungnya rakyat Malaysia mempunyai pemimpin-pemimpin yang sangat-sangat bertimbang-rasa terhadap rakyat. Terkejut beruk kawan akku mendengar kenyataan orang Mesir itu sedangkan kita rakyat negara ini samada rakyat yang minat politik atau tidak minat politik hinggalah kepada para pemimpin politik parti-parti pembangkang malah pemimpin-pemimpin parti politik yang bukan pembangkang memang maklum sangat-sangat bentuk-bentuk penyelewengan, penyonglapan dan perompakan yang sentiasa berlaku.

Namun dengan kehebatan retorik politik ditambah dengan sokongan akhbar-akhbar arus perdana maka segala jenis penyelewengan, penyonglapan dan perompakan oleh para pihak-pihak yang berkenaan dapat di'cover' dengan baik.

Seorang pensyarah dari negara luar berkata kepada kawan aku "Malaysia is very beautiful country and you very lucky for having wonderful leaders!"

Maka sahabat aku itu tadi bertanya lagi "Oh c'mon brother, don't you read things from the Internet or at least discussion among the academicians regarding what is happening in Malaysia and how most politician are getting richer and richer thru corruptions!"

"Ohh yes my Malaysian brother, we are really aware of that but still you have very good Prime Minister compared to our leaders!!"

"Masya-Allah brother, are you out of your mind? Why do you say that?" kawan aku tanya lagi.

"Like this... if our country have 100 million dollars our leaders will take 90 million dollars for their personal use and only 10 million dollars will be given to the country and the people. But here in Malaysia your leaders and politicians are very very kind and very very generous!"

"Why is that?" bekerut dahi kawan aku bertanya kehairanan...

Pensyarah dari luar tu sambung lagi.. "Here in Malaysia - if Malaysia have 100 million dollars your Prime Minister and your politicians will give 90 million dollars to the country and the people and the balance 10 million dollars will be for their pocket money and their personal use!"

Begitulah baiknya hati pemimpin negara kita. Maka kesimpulannya memang betul kata-kata Mukhriz. Suasana di Mesir memang tersangat-sangatlah berlainan sekali berbanding dengan Malaysia!