Friday, October 13, 2006

Rempuhan Pesawat Kecil Mungkin Legakan Para Konspirator

Para konspirator yang terdiri daripada para dajjal (CIA dan Illiminati) yang bertanggungjawab merancang dan memusnahkan WTC dalam kejadian dikenali sebagai 9/11 dan kemudian menuduh dilakukan oleh apa yang mereka gelar sebagai "pengganas Islam" mungkin dapat menarik nafas lega kerana kemalangan sebuah pesawat kecil merempuh sebuah bangunan 50 tingkat yang terjadi baru-baru ini belum dapat menguatkan teori konspirasi yang menyatakan mustahil sebuah pesawat penumpang yang dipenuhi bahan bakar petroleum belum mampu meruntuhkan sebuah bangunan pencakar langit.

Seandainya pesawat yang merempuh bangunan itu sebuah pesawat penumpang dan bangunan yang dirempuh pesawat penumpang berkenaan tidak runtuh maka ada kemungkinan kebenaran menyebelahi pendukung teori konspirasi tersebut.

Pendukung teori konspirasi selama ini berpendapat mustahil sebuah pesawat penumpang yang bahan bakarnya adalah petrolium dapat memberikan impak yang besar sehingga boleh meruntuhkan sebuah bangunan pencakar langit.

Dalam kemalangan yang terjadi baru-baru ini pesawat kecil Cirrus SR20-GTS yang berlepas dari Lapangan Terbang Teterboro, New Jersey untuk bersiar-siar telah merempuh sebuah pangsapuri. Pesawat yang dikatakan mengelilingi Patung Liberty itu kemudian menghala ke hulu East River dan akhirnya hilang dari skrin radar.

Hanya dua nyawa terkorban dan pada kali ini media arus perdana yang tentunya dikuasai golongan konspirator menyatakan tiada tanda-tanda ia berpunca serangan pengganas. Bagaimanapun gabenor negeri New York, George Pataki berkata nahas itu telah mencetuskan peningkatan tahap berjaga-jaga.
Lakunan fobia terhadap apa yang dikatakan sebagai serangan pengganas itu mampu membuatkan mereka mengerahkan jet pejuang ke ruang udara beberapa bandar raya AS.

Bagaimanapun apa yang penting sekarang ini samada teori tersebut dapat dibuktikan kesahihannya atau tidak AS sudah pun menjadi sebuah negara penakluk lantaran kejadian 9/11 itu. Afghanistan dan Iraq hancur mereka kerjakan. Ramai yang terkorban malahan AS kelihatan terus mencari pasal di Timur Tengah. Keengganan Iran untuk patuh kepada pengganas atau lebih tepat lagi facist yang sebenar memperlihatkan kerakusan AS dan Bush untuk menguasai hasil bumi utama di Timur Tengah iaitu petroleum. Daniel S. Papp seorang ahli akademik pernah menyatakan hasil petroleum di Iraq sahaja sudah dapat menampung permintaan bahan tersebut untuk 600 tahun akan datang.

Aku, Saya dan Keakraban Dengan Yang Maha Esa

Gantinama "aku" bunyinya sering dianggap kasar. Gambarkan kita menggunakan gantinama aku bila berbual dengan boss atau dengan orang yang kita anggap kita hormati. Tetapi apabila kita berdoa kita akan menggunakan gantinama "aku" apabila "berbual" atau berdoa kepada Allah. Misalnya "Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon perlindungan dengan engkau Ya Allah".

Jelas sekali gantinama aku digunakan. Maka di sini "aku" bukan sesuatu yang kasar tetapi "aku" melambangkan betapa kita ingin satu keakraban terjalin antara kita dengan Allah, Tuhan Yang Maha Esa.

Saintis

Seorang saintis Malaysia yang saya lupa namanya menulis dalam ruangan surat pembaca menggelar fenomena Bigfoot dan UFO sebagai mitos. Mitos dari segi bahasa membawa maksud cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, atau dongeng. Maka bagi saintis tersebut Bigfoot adalah dongeng. Mungkin kerana tidak pernah dibuktikan secara saintifik maka ia digelar mitos atau dongeng. Itu bagi beliau.

Lain pula bagi golongan yang telah menemui bukti kesan tapak kaki Bigfoot yang tersiar dalam akhbar-akhbar arus perdana. Namun walaupun ada bukti tersebut bagi beliau ia masih bukan sesuatu bukti kerana bukti yang sebenarnya adalah bersifat saintifik. Bila ia sesuatu yang tidak bersifat saintifik maka dia menyatakannya sebagai mitos.

Soalnya sekarang apa itu saintifik? Bukti diperlukan untuk mengesahkan kewujudan Bigfoot atau UFO. Selagi ia tidak buktikan kewujudannya maka ia tidaklah wujud namanya. Tetapi bila diberi pula bukti di hadapan mata dikatakan pula itu bukti yang tidak saintifik.
Adakah perbuatan menggelar sesuatu yang tidak ada bukti secara saintifik itu suatu tindakan yang saintifik?

Secara kebetulan keesokan harinya dalam akhbar yang sama tersiar pula kesah ibu kehilangan bayi dalam kandungan. Ini bukan cerita lama. Cerita sebegini sudah ada sejak dari dulu lagi. Wanita tersebut mengandung dan sudah tentu doktor yang memeriksanya bukan calang-calang orang nak mengesahkan dia mengandung. Pastinya ia suatu ang saintifik kerana dibuktikan menggunakan kepakaran seorang doktor dan kecanggihan sains dan teknologi. Takkanlah doktor yang memeriksa kandungan tidak tahu samada wanita itu mengandung betul atau mengandung olok-olok. Tetapi disebabkan oleh mimpi dan dengan ada tanda berdarah maka wanita keesokan itu telah hilang bayi dari kandungannya. Jadi bagaimana kita hendak menjawab perkara sedemikian secara saintifik?

Mungkin saintis yang saya kira seorang yang bijak itu tadi tentu dapat memberikan jawapan secara saintifik atau adakah ingin menuduh mimpi seorang bakal ibu itu suatu yang mitos? Sanggupkah saintis tersebut berkata demikian?