Wednesday, September 12, 2007

Gegaran Kecil

Beberapa tempat sekitar pantai barat semenanjung mengalami gegaran kecil. Walaupun ia dipanggil gegaran kecil namun para penghuni dan pekerja-pekerja yang sedang bertugas di bangunan-bangunan tersebut bergegas keluar. Namun dicelah-celah hiruk-pikuk dan berbegas keluar itu, ramai yang merasa seronok kerana dapat meninggalkan pejabat walaupun sekejap. Dapatlah mereka berbual mengenai apakah juadah yang hendak disediakan pada waktu berbuka nanti. Selain dari itu ramai yang memberi komen mengenai kejadian gempa yang baru dialami tersebut sehinggakan mengalahkan pakar-pakar dari jabatan metereologi.

No comments: