Wednesday, September 12, 2007

Selamat Berpuasa 2007

Pada hari ini Umat Islam diseluruh dunia mula berpuasa dan diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam tanpa mengira jauh dan dekat. Semoga berpuasa ini mengajar kita akan erti kegetiran dan kepayahan di dalam kita mengharungi kehidupan yang sentiasa tercabar dan dicabar dari sesama umat Islam sendiri, umat yang mengaku Islam dan mereka yang bukan Islam.

Terlalu banyak perkara yang dikaitkan dengan umat Islam dan keganasan sejak berlakunya 9/11 sehingga muncul apa yang dipanggil sebagai Islamophobia iaitu ketakutan pihak-pihak tertentu terutamanya golongan barat kepada umat Islam. Ini diburukkan lagi sikap sesetengah umat Islam yang bertindak samada secara sendirian atau didalangi oleh pihak barat sendiri untuk melahirkan suatu suasana yang boleh mencetuskan ketegangan antara dua pihak sambil keuntungan diperolehi oleh para warlord sibok mengumpul kekayaan.

No comments: