Tuesday, January 08, 2013

Budaya Main Sentimen Guna Nama Raja

George Bernard Shaw dalam pandangannya mengenai orang Inggeris menyatakan antara sifat-sifat orang Inggeris ialah mereka akan menghantar paderi-paderi mereka menyebarkan agama ke sesebuah negara. Apabila paderi itu dibunuh mereka akan menyerang negara itu di atas nama agama.

Orang2 Inggeris jika memerintah dan mendapati diri mereka terancam oleh tentangan rakyat maka mereka akan menghukum rakyat di atas nama Raja. Jika tidak berpuas hati dengan Raja mereka akan penggal kepala Raja di atas nama Rakyat.

Hakikatnya bukan orang Inggeris sahaja yg bersifat sedemikian rupa.  Malah negara2 bekas jajahannya mereka juga dua kali lima. Bila ada krisis perlembagaan dengan Raja, maka filem-filem Melayu klassik yang menunjukkan penentangan terhadap Raja disiarkan hampir setiap malam. Demo jalanan yang konon2 haram pun jadi halal.

Tapi bila dah kalah, bila dah nyawa ikan dan paling ketara jika nak jadikan sesuatu issue itu sentimen, pandai pula duduk mengucing tergesel-gesel di kaki Raja, duduk atas pangkuan Raja dan tidur bawah ketiak Raja dan heret Raja sekali dalam apa jua masalah bila terdesak. Ini dia budaya manusia bacul!!

Tuesday, January 01, 2013

Isu Nama "Allah" : Tukar Rukun Negara Dengan Segera

Kadang-kadang aku pun tak mengerti kenapa aku mesti risau sehingga tak dapat tidur mengenangkan isu penggunaan nama Allah dalam kitab Bible yang ditimbulkan semula oleh Lim Kit Siang semasa perutusan Hari Krismas. Lebih dahsyat kadang-kadang bila ada dalam hati bisikan-bisikan dalam hati yang berkata agar usah pedulikanlah semua itu disebabkan siapalah kita ini yang bukan ustaz atau ulama dan lebih-lebih lagi bukan juga pemegang portfolio berstatus menteri hal ehwal Islam yang sepatutnya tak boleh tidur. Kalau aku selaku seorang manusia Muslim biasapun tak boleh tidur memikirkan perkara sebegini mungkin para ustaz-ustaz dan para-para ulama dan juga menteri pemegang portfolio menteri hal ehwal agama Islam dan juga menteri-menteri beragama Islam lebih hebat lagi. Mereka mungkin tak tidur bukan sahaja satu malam tapi bermalam-malam, setiap malam dalam seminggu maupun dalam sebulan malah hingga ke setahun disebabkan memikirkan permasalahan umat!!

Tidak tahulah kenapa Lim Kit Siang membangkitkan persoalan ini lagi. Apakah nawaitu dia yang sebenarnya. Mungkin dia benar-benar ikhlas mahukan Allah di dalam Bible kerana memang dia benar-benar percaya kewujudan Allah.  Mungkin juga Lim Kit Siang sebagai seorang politician bertindak di atas desakan politik untuk mengambil hati penganut-penganut Kristian yang berada di Sabah dan/atau Sarawak yang membolehkan beliau meraih undi PRU13 akan datang. Niat, nawaitu, keikhlasan dan yang seumpama dengannya adalah persoalan hati. Apa jua persoalan dalam hati  tiada siapa yang tahu melainkah Allah semata-mata.

Karpal Singh yang seangkatan dengan Lim Kit Siang juga turut menambah rencah ajinomoto dalam isu ini apabila beliau berkata di dalam kitab suci Sikh nama Allah disebut 37 kali. Satu pengetahuan baru yang belum pernah aku dengar sebelum ini. Maka bukan sahaja orang-orang Kristian mahu Allah digunakan dalam Bible dalam Bahasa Melayu, itu brother Singh yang beragama Sikh pun mau juga! Cuma tidak diketahui adakah Karpal Singh juga ingin memohon agar Kitab Agama Sikh diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan mengekalkan penggunaan nama "Allah" di dalam kitab Sikh tersebut.
Atau adakah disebabkan desakan sesetengah pihak yang berada di belakang mereka yang sengaja ingin mencari pasal mencetuskan kekecohan di kalangan masyarakat Melayu sendiri.  Melayu-Melayu yang wujud di negara ini pasti akan ada yang akan berasa tidak apa Allah digunakan di dalam Bible dan pasti ada Melayu-Melayu yang terus melenting tak tentu pasal terlatah-latah "oh noo.. you cannot, because you kapir you..!!

Kedua-dua Melayu yang mengaku Islam ini juga berbalah sesama sendiri menyebabkan mereka jadi lemah dan bila mereka lemah maka musuh-musuh umat Islam ini tadi akan tersenyum sesama sendiri sambil berkata "Now this is the time..." Yaa.. Agar mereka dapat bertindak dengan lebih jauh lagi. Sebab mengkucar-kacirkan keadaan ini memang salah satu tektik untuk melemahkan umat Islam. Mungkin tuan-tuan pernah mendengar cerita Yusof Estes mengenai sepasukan musuh Islam yang gagal mengalahkan umat Islam lalu salah seorang dari musuh Islam itu tadi berpura-pura menganut Islam dan mengkucar-kacirkan umat Islam dari dalam dengan hanya membangkitkan persoalan warna anjing yang menemani Ashabul Kahfi.

Bagaimanapun kali ini tidak seperti waktu awal isu ini timbul (dulu-dulu maksud aku ialah lama dulu sebelum Lim Kit Siang membangkitannya sekali lagi). Kali ini Melayu-Melayu kelihatan Melayu seperti sebulat hati dan satu suara.

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dalam persoalan ini berpendapat Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud bahasa Inggeris. Menurut beliau lagi, menterjemahkan God dengan ALLAH akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam. Mungkin  Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang keliru agaknya. Bagaimana kalau orang-orang Kristian menterjemahkan Bible bahasa Arab ke Bahasa Melayu dan ingin mengekalkan Allah dan tidak menggunakan Tuhan?

Tan Sri Harussani lebih hebat lagi. Beliau berpendapat golongan yang mendesak agar Bible boleh menggunakan terjemahan Tuhan kepada Allah  bertujuan melakukan provokasi agar umat Islam melatah. Malangnya beliaulah orang yang pertama melatah apabila berkata jika ingin guna nama "Allah" mestilah peluk Islam terlebih dahulu walhal terjemahan milik penganut Kristian di Sabah/Sarawak sudah sekian lama tertera nama "Allah". Aku tak taulah Tan Sri Harussani belajar di mana. Kalau dia lulusan Timur Tengah pasti dia pernah terjumpa Bible dalam Bahasa Arab yang tentunya menyebut Tuhan sebagai Allah. Tak taulah kalau mereka ni jenis manusia yang malas mengkaji perkara di luar subjek yang mereka pelajari.

Kedua-dua Dato Tuan Ibrahim dan Tan Sri Harusanni bersetuju dalam satu perkara iaitu penggunaan nama "Allah" di dalam Bible boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam. Persoalannya sekarang lemah sangatkah umat Islam hingga begitu mudah dikelirukan. Setiap kali isu begini timbul maka akan diulang lagi kata-kata seperti "akan menyebabkan kekeliruan kepada umat Islam" maka orang-orang seperti Dato Tuan Ibrahim dan Tan Sri Harussani lah  yang semestinya dipersalahkan kerana gagal mendidik umat Islam agar tidak mudah keliru.

Para ulama seperti Tan Sri Harussani dan seangkatan dengannya patut berusaha lebih keras agar sistem pendidikan keagamaan dikaji semula supaya pengaruh luar tidak mudah meresap ke dalam jiwa umat-umat Islam yang menurut mereka begitu mudah dikelirukan.  Mungkin orang-orang seperti Tan Sri Harussani atau Tuan Ibrahim Tuan Man seeloknya berdiri di hadapan cermin bertanya "Apakah yang telah aku lakukan agar umat Islam ini tidak mudah dikelirukan!?"

Sebagai penutup, aku ingin bertanya bagaimana jikalau rukun pertama dalam Rukun Negara di ubah dari "Kepercayaan Kepada Tuhan" ditukar menjadi "Kepercayaan Kepada Allah" dan niat kita kena betul iaitu agar manusia mengakui kewujudan Allah dan tiada Tuhan selain Allah. Pasti ramai akan setuju termasuklah Lim Kit Siang, Karpal Singh dan mereka-mereka yang sekapal dengan mereka. Bukankah itu yang mereka mahu?