Sunday, July 15, 2007

Pengajaran Perletakan Jawatan Tengku Abdullah

Perletakan jawatan Tengku Ahmad Shah selaku Timbalan Presiden FAM merupakan satu tindakan yang mengundang berbagai reaksi dari masyarakat khususnya peminat sukan nombor satu negara itu. Sehubungan itu pihak FAM dijangka mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai perletakan jawatan secara mengejut beliau.

Dalam hal ini saya sebagai seorang yang TIDAK meminati bolasepak melihat hal ini dari perspektif yang berbeza. Di sini kita dapat melihat mereka yang di atas iaitu yang berada di peringkat kepimpinanlah yang menjadikan suatu pasukan itu menuju ke arah kecemerlangan atau sebaliknya.

Mengenai kekalahan Malaysia secara logiknya yang harus dipersalahkan adalah pemain bola. Tengku Abdullah tidak turun padang secara fizikal tetapi beliau meletakkan jawatannya mungkin kerana sedar dirinya bukan seorang yang berkeupayaan menjadi salah seorang yang berada di peringkat kempimpinan FAM.

Pengajarannya adalah, wujudnya masalah di sesebuah organisasi pada hakikatnya adalah disebabkan oleh 'orang-orang atas'. Sebab itu dalam kajian sejarah atau sains politik kepincangan sebuah negara sehingga menyebabkan berlakunya pemberontakan atau revolusi adalah disebabkan kelemahan dan kepincangan 'orang-orang di atas' dan bukannya rakyat bawahan.

Anda tentunya seorang ahli atau pemain atau anggota dalam satu organisasi bukan? Adakah tempat anda bermasalah? Perhatikan siapa di atas .... :-)