Wednesday, September 19, 2007

Apple dan Bangunan Berbentuk Kaabah

Syarikat gergasi komputer Apple Computer telah membina sebuah bar dan bangunannya dikatakan berbentuk kiub dan dikatakan bertujuan menghina Islam. Kaabah dan umat Islam mempunyai kaitan yang amat rapat kerana ia merupakan kiblat bagi umat Islam ketika menunaikan sembahyang lima waktu.

Tidak diketahui tujuan sebenar syarikat gergasi berkenaan membina sebuah bangunan yang menyerupai kaabah. Adakah mereka benar-benar gemar membina sebuah bangunan berbentuk kiub berwarna hitam atau kerana mahu menyampaikan mesej bahawa pengguna komputer lebih 'berkiblatkan' produk keluaran mereka. Ini kerana pengguna komputer di AS dikatakan lebih menggemari Mac/Apple berbanding dengan PC IBM compatible.

Bagaimanapun jikalau bangunan tersebut dibina bertujuan menghina Kaabah maka ia sesuatu yang tidak perlu dibimbangkan kerana Kaabah yang sebenar adalah rumahNya dan tahulah Dia menjaganya.

Teringat kisah pasukan tentera bergajah Abrahah yang datang ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah. Abdul Mutalib dibawa bertemu dengan wakil Abrahah, namun wakil Abrahah kehairanan kerana Abdul Mutalib lebih membimbangkan unta-untanya sebanyak 200 ekor yang cuba diambilnya kembali dari pihak Abrahah berbanding dengan tujuan tentera Abrahah mahu meruntuhkan Kaabah.

Apabila ditanya kepada Abdul Mutalib kenapakah dia lebih bimbang akan unta-unta tersebut berbanding dengan Kaabah yang bakal diruntuhkan, Abdul Mutalib berkata "Ini kerana aku adalah tuan unta-unta tersebut sedangkan 'rumah' (Kaabah) itu ada Tuannya....."

Beberapa ketika selepas itu Abdul Mutalib menyeru penduduk Mekah bersembunyi disebalik bukit dan akhirnya datanglah objek-objek terbang yang tidak dikenali memusnahkan tentera Abrahah sehingga menyebabkan tubuh mereka hancur luluh bagai daun-daun dimakan ulat....

Kepada umat Islam yang berdukacita dengan Apple syarikat gergasi komputer kerana membina bangunan tersebut janganlah terlalu bimbang. Jikalau mereka menghina kepunyaan Allah tau lah Dia mengajarnya... :-)

No comments: