Seorang saintis Malaysia yang saya lupa namanya menulis dalam ruangan surat pembaca menggelar fenomena Bigfoot dan UFO sebagai mitos. Mitos dari segi bahasa membawa maksud cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, atau dongeng. Maka bagi saintis tersebut Bigfoot adalah dongeng. Mungkin kerana tidak pernah dibuktikan secara saintifik maka ia digelar mitos atau dongeng. Itu bagi beliau.
Lain pula bagi golongan yang telah menemui bukti kesan tapak kaki Bigfoot yang tersiar dalam akhbar-akhbar arus perdana. Namun walaupun ada bukti tersebut bagi beliau ia masih bukan sesuatu bukti kerana bukti yang sebenarnya adalah bersifat saintifik. Bila ia sesuatu yang tidak bersifat saintifik maka dia menyatakannya sebagai mitos.
Soalnya sekarang apa itu saintifik? Bukti diperlukan untuk mengesahkan kewujudan Bigfoot atau UFO. Selagi ia tidak buktikan kewujudannya maka ia tidaklah wujud namanya. Tetapi bila diberi pula bukti di hadapan mata dikatakan pula itu bukti yang tidak saintifik.
Adakah perbuatan menggelar sesuatu yang tidak ada bukti secara saintifik itu suatu tindakan yang saintifik?
Secara kebetulan keesokan harinya dalam akhbar yang sama tersiar pula kesah ibu kehilangan bayi dalam kandungan. Ini bukan cerita lama. Cerita sebegini sudah ada sejak dari dulu lagi. Wanita tersebut mengandung dan sudah tentu doktor yang memeriksanya bukan calang-calang orang nak mengesahkan dia mengandung. Pastinya ia suatu ang saintifik kerana dibuktikan menggunakan kepakaran seorang doktor dan kecanggihan sains dan teknologi. Takkanlah doktor yang memeriksa kandungan tidak tahu samada wanita itu mengandung betul atau mengandung olok-olok. Tetapi disebabkan oleh mimpi dan dengan ada tanda berdarah maka wanita keesokan itu telah hilang bayi dari kandungannya. Jadi bagaimana kita hendak menjawab perkara sedemikian secara saintifik?
Mungkin saintis yang saya kira seorang yang bijak itu tadi tentu dapat memberikan jawapan secara saintifik atau adakah ingin menuduh mimpi seorang bakal ibu itu suatu yang mitos? Sanggupkah saintis tersebut berkata demikian?
No comments:
Post a Comment